Friday, November 22, 2013

Jangan Menangis Sayang




SAHABATKU....Jangan menangis dengan ujian ALLAH SWT. Itu kan tanda Dia semakin dekat dan semakin sayang. Semakin mahu kau jadi insan cemerlang. Dugaan itu cuma ujian untuk melihat keimananmu. Untuk melihat adakah engkau akan mengadu pada~Nya selalu. Mungkin memang sengaja dirimu dipilih~Nya, kerana engkau yang paling istimewa dalam berjuta. Siapa sangka kan..?

Sabarlah sahabatku atas ujian ini. Bukankah telah kita maklum bahawa jalanan Syurga menagih seribu satu dugaan, sedangkan neraka menggamit kita dengan nikmat, kesenangan dan gelak tawa yang mengkhayalkan..?

Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis??

Kerana....Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangisKebahagiaan ada untuk mereka yang telah tersakitiKebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba...

Kalau tak mampu buat orang ketawa....Jangan sekali buat orang menangis.Kalau tak mampu buat orang bahagia...Jangan ditambahi dengan derita.Kalau tak mampu ubati luka...Jangan sekali buatnya terluka..

SAHABATKU...JANGAN NANGIS LAGI YER
INSYAALLAH KEBAHAGIAAN ADA UNTUK KITA SEMUA
ALLAH SWT SEKADAR MENGUJI DIRI KITA